Hahaha macam2 idea orang kita ni kalau bab berkempen..mari lihat antara hasil2 mereka
Monday, 29 April 2013
Ceritanya..aku sedang bermain badminton di sebuah pusat sukan, apabila beberapa pengunjung lain datang bermain di gelanggang bersebelahan. Sapaan berbalas salam, borak mengiringi permainan. Lalu salah seorang daripada mereka membuka topik mengenai isu semasa, apa lagi kalau bukan Pilihan Raya yang bakal menjelma kelak.
Kerut keningnya berkata "aku tak paham kenapa SPR perlu buat nombor siri pada kertas undi, nanti undi kita mesti dia tahu, dia dapat kesan". Aku tersenyum kecil. Katanya lagi "kata mereka undi kita rahsia,sekarang dah tak rahsia la kalau macam ni". Terlihat kesungguhannya mengajukan soalan itu, seolah-olah dia memikirkannya saban malam.
Aku diam sejenak dan "Oh, ada sebab kenapa SPR buat macam tu,bang". Dia menoleh menatap mataku. "Saya pon tak faham,tapi hasil bacaan, barulah jelas". Kerut lagi keningnya seolah tak mengerti kata-kataku. "pertama,
apabila buku kertas undi dicetak, ia dicetak dalam kiraan 50 helai satu buku. Dengan adanya nombor siri, urusan semakan dan pengiraan dapat dipermudahkan".
Terkebil dia hendak memahami peneranganku, tapi tampaknya dia berpuas hati, bahawa persoalannya terjawab. "Oh...kiranya tidak ada la kes SPR kesan undi kita, ya?" berkerut sekali lagi keningnya. "Ya bang, memang tak ada langsung kes-kes sebegitu. Kalau kita baca, mesti faham. Mudah je, sekarang semuanya dah disaji, tinggal dijamu je. Abang tinggal pilih je nak makan yang mana, nak telan yang mana"
Dia mengangguk-angguk tanda setuju. Eh sampai dah giliran kami bermain, leka bersembang hingga tak sedar. Almaklumlah, kalau gelap kita kena lah suluh. Takkan nak dibiarkan katak itu bergelap, sudahlah di bawah tempurung.
Renungkanlah.
Kerut keningnya berkata "aku tak paham kenapa SPR perlu buat nombor siri pada kertas undi, nanti undi kita mesti dia tahu, dia dapat kesan". Aku tersenyum kecil. Katanya lagi "kata mereka undi kita rahsia,sekarang dah tak rahsia la kalau macam ni". Terlihat kesungguhannya mengajukan soalan itu, seolah-olah dia memikirkannya saban malam.
Aku diam sejenak dan "Oh, ada sebab kenapa SPR buat macam tu,bang". Dia menoleh menatap mataku. "Saya pon tak faham,tapi hasil bacaan, barulah jelas". Kerut lagi keningnya seolah tak mengerti kata-kataku. "pertama,
apabila buku kertas undi dicetak, ia dicetak dalam kiraan 50 helai satu buku. Dengan adanya nombor siri, urusan semakan dan pengiraan dapat dipermudahkan".
"Lagi, nombor siri kertas undi juga dicatatkan dalam Borang 13 sebagai elemen kawalan pengesahan bilangan kertas undi sebelum kertas undi dikira. Tanpa nombor siri, adalah sukar untuk mengetahui bilangan kertas undi yang sepatutnya berada dalam peti undi sebelum ia dibuka". Jadi senangnya proses pengiraan selapas ini, rakyat Malaysia kan memang kurang sabar, jadi dengan langkah ini, nescaya kalian akan puas hati.
"Sekiranya terdapat lebihan bilangan kertas undi dalam peti undi semasa proses pengesahan bilangan kertas undi dan sebelum kertas undi di kira, nombor siri kertas undi boleh disemak dengan Borang 13. Kertas undi yang nombor sirinya tiada dalam catatan Borang 13 akan dikeluarkan dan tidak akan dikira". Mudah bukan?
"Nombor siri kertas undi juga digunakan sebagai elemen kawalan dalam urusan pengundian pos. Nombor siri kertas undi akan dicatatkan atas Borang 2 dan Sampul A. Ia bagi memastikan hanya kertas undi yang sama dikeluarkan kepada pengundi pos, akan dipulangkan dengan dokumen yang sama iaitu yang dicatatkan dengan nombor siri yang sama."Terkebil dia hendak memahami peneranganku, tapi tampaknya dia berpuas hati, bahawa persoalannya terjawab. "Oh...kiranya tidak ada la kes SPR kesan undi kita, ya?" berkerut sekali lagi keningnya. "Ya bang, memang tak ada langsung kes-kes sebegitu. Kalau kita baca, mesti faham. Mudah je, sekarang semuanya dah disaji, tinggal dijamu je. Abang tinggal pilih je nak makan yang mana, nak telan yang mana"
Dia mengangguk-angguk tanda setuju. Eh sampai dah giliran kami bermain, leka bersembang hingga tak sedar. Almaklumlah, kalau gelap kita kena lah suluh. Takkan nak dibiarkan katak itu bergelap, sudahlah di bawah tempurung.
Renungkanlah.
Tuesday, 23 April 2013
Mudahkan hidupmu!!
Ada pelbagai cara untuk memudahkan urusan harian dalam hidup anda. Antaranya, anda boleh cuba cara ini
1) Gunakan kertas A4 terpakai untuk balut CD anda, mudah kan?
2) Gunakan lubang pada penutup tin minuman anda sebaiknya
3) Gunakan botol minuman terpakai anda untuk menutup plastik makanan, mudah dan ringkas
4) Sebak ketika memotong bawang? Kunyah 'chewing gum' untuk atasinya
5) Gunakan pengetip kertas ini untuk menggantikan kaki 'keyboard' anda yang rosak
6) Ada bekas kaset lama? Gunakannya sebagai 'phone holder' ketika anda mendengar muzik atau menonton video
7) Gunakan pengetip rambut anda untuk mengikat wayar yang berserabut
8) Gunakan 'stick note' anda untuk menghalang debu dari bertebaran jatuh ketika 'drilling'
1) Gunakan kertas A4 terpakai untuk balut CD anda, mudah kan?
2) Gunakan lubang pada penutup tin minuman anda sebaiknya
8) Gunakan 'stick note' anda untuk menghalang debu dari bertebaran jatuh ketika 'drilling'
Subscribe to:
Posts (Atom)